Khamis, 7 April 2011

LOGO RASMI RUKUN TETANGGA

Secara keseluruhannya, logo ini mengutarakan fungsi dan matlamat Rukun Tetangga(RT) ke arah pembentukan Bangsa Malaysia berlandaskan Rukun Negara.

Bulatan Besar
Bulatan besar pada logo ini menggambarkan rakyat yang sentiasa bermuafakat dan hidup bersatu padu di negara ini.

Warna
Warna yang digunakan pada logo ini sama dengan warna yang terdapat pada Jalur Gemilang iaitu:
Biru     - Bermuafakat dan bersatu padu
Merah  - Keberanian dan Keluhuran
Kuning - Kejayaan dan Keharmonian
Putih    - Kesucian dan bertanggungjawab

5 Bulatan Kecil Warna Merah
Lima bulatan kecil bewarna merah di bahagian atas logo ini membawa pengertian lima prinsip Rukun Negara dan Rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Simbol tersebut bermaksud seluruh rakyat mendukung semangat yang kental serta luhur dalam menghayati falsafah dan aspirasi Rukun Negara.

2 Bentuk Titisan Air Terbalik
Di bawah bulatan pada logo ini terdapat 2 bentuk titisan air terbalik menerangkan rakyat negara ini bersungguh-sungguh dan berganding bahu dalam membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Garisan Bewarna Merah
Dua garisan bewarna merah yang terdapat di kiri dan kanan Logo ini membawa pengertian bahawa seluruh rakyat Malaysia sedia menghadapi apa jua ancaman dan serangan dalam usaha membentuk perpaduan dan keharmonian sejagat yang akhirnya membentuk Bangsa Malaysia yang bersatu padu.

Segitiga Bewarna Kuning
Segi tiga bewarna kuning yang terdapat di bawah logo ini membawa pengertian bahawa Rukun Negara merupakan panduan seluruh rakyat Malaysia dalam usaha membangunkan Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai yang diamalkan bersama.

Garisan Merah Di Atas Garisan Putih
Barisan warna Rukun Tetangga (RT) yang gagah berani mempertahankan keamanan negara daripada segala bentuk ancaman dengan rasa keikhlasan dan ketulusan yang tiada tolok bandingannya.

Keseluruhan Garisan Bewarna Biru
Keseluruhan garisan bewarna biru memberi maksud bahawa rakyat Malaysia menggunakan pelbagai cara yang difikirkan sesuai mengikut nilai-nilai murni yang diamalkan bersama bagi tujuan membentuk Bngsa Malaysia yang bersatu padu bagi menjamin pembangunan negara.






 k